Ceramah Klik Dengan Bijak di Sekolah Kebangsaan Jelai

28 Februari 2018 | Berita Semasa

WhatsApp Image 2018-02-23 at 8.45.25 AM WhatsApp Image 2018-02-23 at 8.12.50 AM WhatsApp Image 2018-02-23 at 8.12.50 AM(1)

Satu aktiviti ceramah “Parenting Control” telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Jelai sempena program We Care yang melibatkan waris dan pelajar. Ceramah yang dijalankan ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar dan ibu bapa khususnya terhadap bahaya yang terdapat dalam dunia internet. Internet yang menjadi medium penting perhubungan dewasa ini mengandungi pelbagai maklumat yang meragukan dan membahayakan yang mana pelajar sangat berisiko menjadi pemangsa di internet. Oleh yang demikian kaedah penggunaan yang betul dan kendiri adalah kunci keselamatan yang penting untuk memelihara pelajar daripada terjebak ke dunia jenayah ataupun menjadi mangsa di dunia maya.