e-Census – BANCI AKAN DILAKSANAKAN SECARA ATAS TALIAN

13 August 2020 | Berita Semasa

Banci 2020 akan dilaksanakan secara atas talian (online)

Selaras dengan kemajuan teknologi dan perubahan gaya hidup rakyat Malaysia, pengumpulan maklumat banci secara atas talian (online) diperkenalkan menerusi Portal Banci dan aplikasi mudah alih. Bagi melengkapkan borang e-Census, poskad yang mengandungi panduan mengisi dan pautan e-Census di Portal Banci akan dihantar ke tempat kediaman anda. Selain itu, aplikasi mudah alih juga diperkenalkan untuk kegunaan pembanci mengisi maklumat anda semasa sesi temuramah diadakan dengan menggunakan tablet atau telefon pintar.