e-Latihan Bengkel Canva : Reka Bentuk Poster Digital

02 November 2021 | Berita Semasa

Pada 6 hb Oktober 2021 telah diadakan Sesi e-Latihan Bengkel Canva : Reka Bentuk Poster Digital dengan kolaborasi pihak Perpustakaan UiTM kampus Bertam Pulau Pinang yang melibatkan 181 peserta yang terdiri daripada pelajar dan staf.

Sesi pengajaran dalam talian menggunakan CANVA untuk menghasilkan Poster Digital melibatkan pelajar dan Staf terpilih. Turut diadakan juga sesi Mini Taklimat dan Kuiz Interaktif KDB.