E Sport Mobile Legends Mini Tournament Pusat Internet Malaysia FELDA Ijok 2019

11 October 2019 | Berita Semasa

Satu Mini Tournament E Sport Mobile Legends telah diadakan di Pusat Internet Malaysia FELDA Ijok pada 29 September 2019. Program yang melibatkan 12 pasukan daripada sekitar FELDA Ijok ini dijalankan secara liga dan penentuan tempat keempat, ketiga, naib johan dan johan. Aktiviti tahunan ini dijalankan dengan tujuan melahirkan bakat bakat baru sukan elektronik yang menjadi trend pada masa kini. Diharapkan FELDA Ijok dapat menjadi wakil di peringkat negara bagi sukan elektronik ini pada masa depan.