Expert Workshop Pengenalan Kepada Robotik dan Arduino

04 October 2018 | Berita Semasa

20180929_110820 20180929_111754 20180929_113053 20180929_121657

Satu Prorgam Expert Workshop bertajuk Pengenalan Kepada Robotik dan Arduino telah diadakan di Pusat Internet FELDA Ijok pada 29 September 2018. Program ini mensasarkan pelajar sekolah menengah luar bandar yang mana golongan ini tidak mendapat pendedahan kepada penggunaan Arduino dalam subjek RBT mereka di sekolah. Program ini memberi penerangan pengenalan kepada sejarah dan aplikasi robotik dalam kehidupan seharian serta Arduino serta kegunaannya pada masa kini. Peserta juga diberi peluang untuk menyambung litar secara kumpulan yang mana litar ini kemudiannya di muatnaikkan data daripada perisian arduino yang mana ia akan berfungsi berdasarkan konfigurasi kod yang telah dimuat naik. Semoga program ini dapat memupuk semangat ingin tahu pelajar dalam bidang rekacipta dan IOT pada masa akan datang