Hari Komuniti Digital Pusat Internet Malaysia FELDA Ijok 2020

26 February 2020 | Berita Semasa

Pada 23 Februari 2020 bersamaan hari Ahad telah berlansung Program Hari Komuniti Digital Pusat Internet Malaysia FELDA Ijok 2020. Program yang diadakan sepenuhnya di kawasan Pusat Internet Malaysia FELDA Ijok ini telah dihadiri oleh penduduk di dalam dan sekitar FELDA Ijok. Pelbagai acara berbentuk digital telah dijalankan sepanjang program ini seperti 3D Printer Demo, Booth Klik dengan Bijak, Pameran IR 4.0 dan IOT, Robotic Soccer Arduino dan juga mini games yang berasaskan penggunaan tablet pintar. Terdapat juga program pertandingan digital iaitu fotografi yang bertemakan “Warna Warni Desaku” dan videografi bertemakan “My Lovely Hometow” diadakan bersempena Komuniti Digital Pusat Internet Malaysia FELDA Ijok 2020 ini.