KELAS SHOPEE

16 April 2022 | Berita Semasa
KELAS SHOPEE
 
Pandemik Covid-19 telah mengubah banyak perniagaan menjual produk dan barangan secara atas talian. Penjarakan sosial yang diwartakan oleh kerajaan telah menjadikan pembeli tertumpu kepada barangan yang dijual secara atas talian Namun begitu, tidak semua usahawan dapat menguasai perniagaan secara online ini.
Salah satu platform menjual secara online yang terbaik adalah shopee.
 
Hari ini, PEDi FELDA Ijok telah menyajikan kelas shopee kepada usahawan yang baru untuk berniaga dalam aplikasi shopee. Jadi kami di PEDi FELDA Ijok berharap lebih ramai usahawan yang belum mempunyai platform perniagaan secara atas talian seperti shopee dapat turut sama dalam kelas Shopee yang bakal diadakan lagi pada bulan hadapan. sekiranya berminat bolehlah menghubungi staff PEDi FELDA Ijok.