Klik Dengan Bijak & Permainan Puzzle KDB

06 March 2020 | Berita Semasa

Pada 21 Februari 2020, program bersama adik-adik Tabika KEMAS Felda Ijok 1 dan 2 telah dijalankan di Pusat Internet Malaysia Felda Ijok. Dimulakan dengan aktiviti “Sembang-sembang Klik Dengan Bijak” seterusnya aktiviti Permainan Puzzle KDB secara berkumpulan. Aktiviti ini diadakan semperna program Komuniti Digital 2020 Pusat Internet Malaysia Felda Ijok. Aktiviti ini diadakan bertujuan mendedahkan adik-adik cilik tentang bahayanya internet tanpa pengawasan ibu bapa dan sentiasa meminta izin ibu bapa jika ingin menggunakan ‘smartphone’ ibu bapa. Hal ini bertujuan mengelakkan adik-adik cilik kita terdedah dengan pengisian maklumat internet yang tidak sihat. Semoga dengan program ini, adik-adik sentiasa lebih berhati-hati dalam menggunakan ‘smartphone’ ibu bapa disamping tindakan ibu bapa yang perlu mengawasi pergerakan anak-anak dalam menggunakan ‘smartphone’.