Kursus dan Pertandingan Videografi dan Fotografi bersama Multimedia University (MMU) Malaysia

20 December 2019 | Berita Semasa

Satu program yang bercirikan kursus dan pertandingan videografi telah diadakan di Pusat Internet FELDA Gunung Bongsu dengan penyertaan pelajar sekolah menengah dari FELDA Ijok dan Gunung Bongsu. Program yang dianjurkan oleh pihak Multimedia University (MMU) ini dijalankan bertujuan untuk mendedahkan peserta dengan penggunaan perisian penyutingan video dan juga teknik-teknik videografi dan fotografi yang berkesan. Hal ini demikian kerana video dan foto adalah medium penting yang banyak digunakan di laman media sosial seperti Facebook dan juga Instagram.