Mini Karnival Fun and Learn PI1M FELDA Ijok

12 April 2018 | Berita Semasa

20180330_112330 20180330_150205 20180330_170315 20180324_111727 20180330_162109

Mini Karnival “Fun and Learn” telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia FELDA Ijok pada 30 Mac 2018. Program yang dijalankan bermula pukul 9 pagi dan ditamatkan pada jam 5 petang ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang bersifat literasi di dunia maya seperti Kuiz Keselamatan Berinternet menggunakan Kahoot dan juga sudut pameran kesedaran mengenai keselamatan di dunia internet. Para pengunjung juga turut melibatkan diri dengan permainan online seperti “Mobile Legends Tournament” dan juga Checkers. Turut diadakan juga mini pameran dan permainan yang melibatkan aspek STEM dan juga IOT. Tahniah kepada semua pemenang dan diharapkan semua yang hadir dapat menimba ilmu di samping bergembira dengan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan.