ONLINE PROGRAM AKHIR TAHUN – 2020 YEAR END VIRTUAL CELEBRATIONS

30 November 2020 | Berita Semasa

Program 2020 YEAR END VIRTUAL CELEBRATION ini merupakan program dalam talian ketiga diadakan oleh Pusat Internet Komuniti Felda Ijok (PIK FI) melibatkan pertandingan dan penyertaan dikelolakan secara dalam talian. Program ini merupakan program suku keempat tahun 2020 dan diadakan bertujuan untuk mendedah dan mempromosi norma baharu kehidupan masa kini yang berteraskan urusan talam talian. Dalam masa yang sama mencungkil bakat dan memperoleh informasi terbaru mengenai masyarakat di dalam dan luar Kawasan FELDA Ijok. Program ini telah berlansung selama seminggu, bermula 13 November 2020 hingga 22 November 2020.

Senarai aktiviti yang telah dijalankan adalah Pertandingan Video Lokasi Menarik Di Sekitar Anda, Pertandingan Video My Talent My Speciality, Pertandingan Video TikTok Etika Semasa di Media Sosial, Pertandingan Fotografi Produk Usahawan Bertemakan Teknik Fotografi “Pattern”, Kelas Usahawan Online, Sesi Advokasi Klik Dengan Bijak Live di Facebook Page Pusat Internet Malaysia FELDA Ijok dengan Tajuk Buli Siber dan Pengantunan dalam Talian, Sesi Live Review Produk Usahawan Tempatan, Pertandingan Video Kanak Kanak “Saya Suka Pusat Internet Komuniti FELDA Ijok Kerana…, Pertandingan Instagram Story “Terima Kasih Pusat Internet Komuniti FELDA Ijok”, dan Kuiz Interaktif Online.

Program berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Program ini diakhiri dengan acara Facebook Live Sesi Penutup Program PIK FELDA Ijok 2020 Virtual Year End Celebration di Page Facebook PIK FELDA Ijok untuk mengumumkan semua pemenang bagi setiap pertandingan pada hari Ahad bersamaan 22 November 2020 pada jam 3:00 petang hingga 5:30 petang.