Pertandingan Mewarna Pelajar Taska Sekitar FELDA Ijok

12 February 2020 | Berita Semasa

Pada 16 Januari 2020 telah diadakan pertandingan mewarna untuk pelajar Taska di sekitar FELDA Ijok. Pertandingan yang melibatkan Taska Nur Ilham, Literasi FELDA Ijok dan juga Taska 2 FELDA Ijok ini dijalankan di Pusat Internet Malaysia FELDA Ijok pada jam 10:00 Pagi hingga 12:00 Tengah Hari. Pelbagai bakat mewarna ditunjukkan oleh setiap peserta cilik yang menyertai pertandingan ini