PROGRAM AWAL TAHUN 2021

25 March 2021 | Berita Semasa

Program PIK FELDA IIJOK 2021 OPENING YEAR EVENT CELEBRATION ini merupakan program dalam talian keempat diadakan oleh Pusat Internet Komuniti Felda Ijok (PIK FI) melibatkan pertandingan dan penyertaan dikelolakan secara dalam talian. Program ini merupakan program suku pertamatahun 2021 dan diadakan bertujuan untuk mendedah dan mempromosi norma baharu kehidupan masa kini yang berteraskan urusan talam talian. Dalam masa yang sama mencungkil bakat dan memperoleh informasi terbaru mengenai masyarakat di dalam dan luar Kawasan FELDA Ijok. Program ini telah berlansung selama seminggu, bermula 13 Mac 2021 hingga 21 Mac 2021

Senarai aktiviti yang telah dijalankan adalah Pertandingan Video Youtube Bercerita Kanak Kanak Tahap 1, Pertandingan Video Youtube Bercerita Kanak Kanak Tahap 2, Pertandingan Video Youtube DIY, Pertandingan Video Youtube Beretika Ketika Di Media Sosial, Pertandingan Video TikTok Pemasaran Produk, Menarik Di Sekitar Anda, Sesi Bersama Usahawan Secara Dalam Talian Di Facebook, Sesi Advokasi Klik Dengan Bijak Live di Facebook Page Pusat Internet Malaysia FELDA Ijok dengan Tajuk Buli Siber dan Pengantunan dalam Talian, Sesi Live Review Produk Usahawan Tempatan dan Kuiz Interaktif Online.

Program berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Program ini diakhiri dengan acara Facebook Live Sesi Penutup Program PIK FELDA Ijok 2021 Opening Year Event Page Facebook PIK FELDA Ijok untuk mengumumkan semua pemenang bagi setiap pertandingan pada hari Ahad bersamaan 21 Mac 2021 pada jam 3:00 petang hingga 5:30 Petang.