Program Cuti Sekolah bersama MultiMedia Universiti (MMU) Malaysia

20 December 2019 | Berita Semasa

Satu Program Cuti Sekolah telah diadakan selama 3 hari bermula 13 Disember hingga 15 Disember 2019 di Pusat Internet FELDA Ijok anjuran bersama Pusat Internet FELDA Ijok dan juga pihak Multimedia University (MMU) Malaysia. Program ini mendedahkan pelajar kepada aplikasi dan kemudahan IT seperti penggunaan Google Sheets dan Google Docs sebagai alat pengubahsuaian data secara atas talian yang dapat dilakukan secara serentak oleh semua ahli dalam kumpulan. Peserta juga didedahkan dengan penggunaan aplikasi Augmented Reality (AR) bermula dari penyediaanya di komputer sehingga kepada implimentasi di telefon pintar.