Program Digital Learning 2021 PIK Felda Ijok

29 September 2021 | Berita Semasa

Program Digital Learning telah dijalankan bermula 23 September 2021 hingga 28 September 2021 dan teleh disertai oleh tujuh orang peserta dari sekolah menengah sekitar Felda Ijok yang telah dipilih  untuk mengikuti kelas- kelas yang telah ditetapkan  oleh PIK. Antara  kelas yang diadakan adalah Pembentangan menggunakan Microsoft Power Point , Pembentangan menggunakan Canva, Tugasan Peserta dan juga Slot Motivasi yang telah dijalankan secara Live di Facebook Page PIK Felda Ijok.  Disamping itu, di akhir program ini peserta telah menerima Tablet setiap seorang bagi membantu kelaas PDPR mereka.

Program ini telah  berjalan dengan lancar dan jayanya serta mendapat maklum balas yang amat positif dari ibu bapa, guru dan pelajar.