Program Hari Terbuka Pusat Internet FELDA Ijok 2019

23 November 2019 | Berita Semasa

Pada 4 Oktober 2019 telah diadakan Program Hari Terbuka Pusat Internet FELDA Ijok untuk tahun 2019. Program yang diadakan setiap tahun ini dijalankan dengan tujuan untuk merapatkan hubungan antara pihak Pusat Internet FELDA Ijok dan juga masyarakat sekitar. Antara aktiviti yang diadakan adalah Pertandingan Mewarna, Pameran dan Permainan yang berasaskan STEM, Esports Mobile Legends dan Tekken 7 serta Pameran dan Permainan yang berasaskan Klik Dengan Bijak.