PROGRAM PERKONSIAN ILMU DAN MAJLIS BERBUKA PUASA PUSAT INTERNET MALAYSIA FELDA IJOK 2019

10 September 2019 | Berita Semasa

Merupakan satu program yang diadakan oleh Pusat Internet Malaysia Felda Ijok untuk komuniti FELDA IJok. Ianya merupakan satu program bagi menghargai sokongan komuniti setempat terhadap Pusat Internet Malaysia FELDA Ijok. Disamping itu, selain jamuan berbuka puasa kami juga turut mengadakan majlis perkongsian ilmu dengan tajuk “Klik Itu Pahala, Klik Itu Dosa” bagi peringatan bersama tentang setiap apa yang kita lakukan sentiasa dibawah pengawasanNya. Ini juga bertujuan meraikan bulan Ramadhan yang mulia ini. Program ini telah dijalankan pada 17 Mei 2019 bersamaan 12 Ramadhan 1440 H bermula dari pukul 6.00 petang hingga 8.30 malam.

Penyampaian Cenderahati kepada PU Azraie kerana sudi hadir memberi ceramah.