PROGRAM QUARTER 3 – DIGITAL LIFESTYLE

15 December 2020 | Berita Semasa

Program Digital Lifestyle 2020 ini merupakan program dalam talian kedua diadakan oleh Pusat Internet Felda Ijok (PIM FI) melibatkan pertandingan dan penyertaan dikelolakan secara dalam talian. Program ini merupakan program suku ketiga tahun 2020 dan diadakan bertujuan untuk mendedah dan mempromosi norma baharu kehidupan masa kini yang berteraskan urusan talam talian. Dalam masa yang sama mencungkil bakat dan memperoleh informasi terbaru mengenai masyarakat di dalam dan luar Kawasan FELDA Ijok. Program ini telah berlansung selama seminggu, bermula 23 September 2020 hingga 30 September 2020.

Senarai aktiviti yang telah dijalankan adalah Pertandingan Online Video Malaysiaku Tercinta, Pertandingan Online Video Kraftangan Kreatif, Pertandingan Online Video Produk Usahawan, Pertandingan Fotografi Tempat Menarik di Kawasan Saya, WeSing Lagu Patriotik, Kelas Usahawan Online, Sesi Advokasi Klik Dengan Bijak Live di Facebook Page Pusat Internet Malaysia FELDA Ijok, Sesi Live Review Produk Usahawan Tempatan, Pertandingan Mewarna Online Kanak Kanak dan Kuiz Interaktif Online.

Program berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Program ini diakhiri dengan acara Facebook Live di Page Facebook PIM FELDA Ijok untuk mengumumkan semua pemenang bagi setiap pertandingan pada hari Rabu bersamaan 30 September 2020 pada jam 2:30 petang.