Program Virtual Sempena Bulan Kemerdekaan 2021

13 August 2021 | Berita Semasa

Sempena bulan kemerdekaan 2021, PIK FELDA Ijok menganjurkan program virtual yang terdiri daripada Video Youtube, Live Sesi Facebook Klik Dengan Bijak dan juga Ceramah Kemerdekaan, Fotografi dan juga Permainan Mini Online menggunakan perantaraan Wordwall bagi menyambut kemerdekaan pada tahun ini. Sesi tahun ini dijalankan secara virtual berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di seluruh Malaysia kerana pandemik COvid 19. Semoga komuniti setempat dan sekitar serta seluruh Malaysia dapat menikmati keberkesanan program yang dijalankan ini walaupun secara maya.