Program Wacana Rakyat dan Literasi Dunia Maya

04 Februari 2018 | Berita Semasa

IMG-20180204-WA0012 IMG-20180204-WA0015 IMG-20180204-WA0022 IMG-20180204-WA0025 IMG-20180204-WA0039

Satu program Wacana Rakyat dan Literasi Dunia Maya telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia FELDA Ijok. Program yang dihadiri seramai 43 orang peserta ini menekankan mengenai fungsi dan keperluan memantapkan pengetahuan masyarakat mengenai dunia maya yang makin mencabar dewasa ini. Pelbagai informasi dan pengetahuan asas komputer telah diperoleh oleh para peserta sepanjang program dijalankan. Diharapkan program-program bercirikan kemanfaatan kepada masyarakat setempat ini dapat diteruskan pada masa ke semasa bagi meningkatkan pengetahuan dan kewaspadaan masyarakat kepada dunia maya.