Pusat Internet Malaysia FELDA Ijok sebagai lokasi pencarian maklumat Kerja Kursus Sains Pelajar Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II FELDA Ijok

12 February 2020 | Berita Semasa

Pusat Internet Malaysia FELDA Ijok sekali lagi berfungsi sebagai pusat pencarian maklumat yang berkesan kepada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II. Para pelajar yang terlibat menggunakan Pusat Internet FELDA Ijok sebagai lokasi pencarian maklumat mengenai haiwan dan alam sekitar yang akan digunakan sebagai isi dalam folio Sains yang telah diberikan tugas oleh guru yang berkenaan.