QR Code Challenge bersama pelajar tahun 6 SKSI II FELDA Ijok.

11 October 2019 | Berita Semasa

Satu aktiviti riadah untuk pelajar pasca UPSR Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II FELDA IJok telah dijalankan pada 27 September 2019. Aktiviti yang melibatkan penggunaan aplikasi QR Code Scanner di telefon pintar ini mendedahkan pelajar kepada penggunaan aplikasi yang berguna di telefon pintar dan juga menduga minda mereka dengan soalan-soalan yang perlu dijawab pada setiap QR Code yang telah diimbas berkenaan.