RANGKA KERJA IDENTITI (ID) DIGITAL NASIONAL UNTUK MALAYSIA

06 August 2020 | Berita Semasa

Objektif Rundingan Awam

 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), bagi pihak Kerajaan Malaysia sedang menjalankan kajian untuk membangunkan Rangka Kerja Identiti (ID) Digital Nasional di Malaysia. Rundingan Awam ini dijalankan oleh pihak PricewaterhouseCoopers (“PwC”) sebagai perundingcara kajian, bagi membangunkan Rangka Kerja bagi Program ID Digital Nasional. Objektif utamanya adalah seperti yang berikut:

• Memperkenalkan konsep ID Digital Nasional dan senario potensi kegunaannya dalam konteks Malaysia.

• Mendapatkan maklum balas daripada pihak berkepentingan dari pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, badan kawalselia industri, Penyedia  Perkhidmatan dan lain-lain pihak.

• Mendapatkan pandangan mengenai penggunaan ID Digital Nasional dalam sektor awam dan swasta.

 

Input yang diberikan melalui dokumen ini dapat membantu kami menilai dan menambah-baik kertas cadangan mengenai Rangka Kerja ID Digital Nasional, serta memahami dengan lebih baik potensi penerapan Program ID Digital Nasional dan manfaatnya kepada pelbagai industri dan organisasi.

 

Sumbangan anda adalah amat berharga dalam membangunkan Rangka Kerja ID Digital Nasional yang teguh dan menyeluruh. Sekali lagi kami mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas maklum balas anda bagi projek yang penting diperingkat nasional bagi memacu transformasi Malaysia di era digital.