Refresher 2021 Pusat Internet Komuniti Kelolaan Webe Digital

31 July 2021 | Berita Semasa

Satu Program Refresher 2021 untuk Petugas petugas Pusat Internet Komuniti kendalian Webe Digital Sdn Bhd telah diadakan secara maya menggunakan aplikasi Zoom pada 26hb Julai hingga 29 Julai 2021. Program yang berlansung selama 4 hari ini bermula dengan upacara perasmian dan penyampaian anugerah kepada PIK dan juga petugas yang cemerlang dalam lapangan masing masing. Ia diikuti dengan sesi istimewa bersama Amin Idris mengenai kaedah menjadi streamer yang berkesan dan juga teknik penghasilan video yang baik. Sesi Virtual High Tea yang bertemakan Kesultanan Melayu juga turut diadakan bagi menghargai keunikan dan kesenian budaya Melayu yang ada.