Sesi Advokasi Klik Dengan Bijak Bersama GPW FELDA Ijok

26 February 2020 | Berita Semasa

Satu sesi ceramah advokasi Klik Dengan Bijak dan juga sesi interaktif kuiz KDB menggunakan kaedah Kahoot telah diadakan di Pusat Internet Malaysia FELDA Ijok pada 20 Februari 2020. Sesi ceramah ini memberi kesedaran kepada wakil golongan veteran wanita FELDA Ijok mengenai kesedaran dan kaedah kendiri yang betul semasa di dunia Internet dan diharapkan ianya dapat disampaikan kepada semua lapisan masyarakat di FELDA Ijok. Sesi interaktif kuiz kahoot juga memainkan peranan dalam memastikan kefahaman yang lebih berkesan kepada setiap wakil yang hadir dalam ceramah ini.