Sesi Klik Dengan Bijak Live – Money Scam

23 December 2020 | Berita Semasa

Pada 18 Disember 2020 telah dijalankan sesi Klik Dengan Bijak secara atas talian dengan tajuk Penipuan Kewangan (“Money Scam”). Topik yang dibentangkan ini adalah penting berikutan kes penipuan kewangan di internet berlaku dengan sangat berleluasa dewasa ini. Sesi klik dengan bijak secara dalam talian di Facebook Page PIK FELDA Ijok ini membicarakan mengenai teknik yang digunakan oleh penjenayah dalam menjalankan penipuan kewangan secara atas talian dan langkah langkah yang boleh dilakukan oleh pengguna internet untuk mengelakkan diri mereka terjebak dengan jenayah ini.