Sesi Klik Dengan Bijak Online – Penipuan Kewangan

14 January 2021 | Berita Semasa

Pada 13 Januari 2021 telah dijalankan sesi Klik Dengan Bijak secara atas talian menggunakan platform Page Facebook PIK FELDA ijok. Tajuk yang dibicarakan adalah Penipuan Kewangan (Money Scam). Topik ini popular berikutan suasana semasa disebabkan pandemik Covid 19 sekarang ini dan pengguna alam maya sepatutnya mengetahui kaedah kaedah yang digunakan oleh penjenayah alam maya bagi menipu dan memperoleh wang secara tipu daya di dunia internet. Semoga maklumat yang dikongsi bermanfaat untuk semua.