Sesi Live Penutup Program Merdeka Malaysiaku Pusat Internet Komuniti FELDA Ijok 2021

03 September 2021 | Berita Semasa

Bersempena bulan Kemerdekaan ke 64 tahun 2021, Pusat Internet Komuniti FELDA Ijok menganjurkan Program Merdeka Malaysiaku yang mana ianya mempunyai Pertandingan Video Youtube Kisah Perjuangan Kemerdekaan, Pertandingan Video Youtube Drama Merdeka, Pertandingan Video Youtube Kek Kreatif Merdeka, Pertandigan Sayembara Puisi Virtual Bertemakan Merdeka dan pelbagai aktiviti menarik lain seperti kuiz dan sebagainya menggunakan perantaraan digital maya dijalankan. Sambutan terhadap program amatlah menggalakkan dan ramai peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan juga lokasi menyertai semua pertandingan yang telah dijalankan.