Sesi Penutup Program Syawal 2021 PIK FELDA Ijok

31 July 2021 | Berita Semasa

Pada 9 Jun 2021 Telah diadakan satu sesi Live Penutup Program Syawal 2021 anjuran PIK FELDA Ijok. Sesi ini dijalankan bersempena dengan aktiviti program Syawal yang telah diadakan bermula 1 Syawal 2021 sehingga 30 Syawal 2021 yang melibatkan pertandingan video Youtube dan Tiktok, Wesing, Ceramah KDB dan juga aktiviti kuiz secara dalam talian menggunakan aplikasi web WordWall. Sesi Live ini dijalankan untuk mengumumkan pemenang bagi semua aktiviti dan sebagai tanda berakhirnya program yang telah dijalankan.