SOAL SELIDIK KERANGKA PENGAWALSELIAAN PERKHIDMATAN APLIKASI KANDUNGAN

25 August 2020 | Berita Semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan soal selidik berhubung perkara-perkara yang berkaitan dengan kerangka pengawalseliaan perkhidmatan TV dan radio tradisional (seperti TV3, Astro, TV AlHijrah, unifi TV, HotFM, BFM, IkimFM, SuriaFM, MixFM dan lain-lain) dan perkhidmatan kandungan dalam talian (seperti Netflix, iflix, DimSum, Viu dan lain-lain).

Soal selidik ini bertujuan, antaranya untuk:

  1. mendapatkan pandangan orang awam berhubung kecenderungan kepada jenis perkhidmatan aplikasi kandungan yang ditonton atau didengar; dan
  2. mengenalpasti perkara-perkara yang menjadi kebimbangan orang ramai terhadap kandungan daripada pelbagai platfom yang ditonton atau didengar.

Soal selidik ini mengambil masa kurang daripada 5 minit untuk dilengkapkan. Segala maklumat adalah SULIT dan hanya akan digunakan untuk kegunaan soal selidik ini sahaja.  Soal selidik ini akan bermula pada 24 Ogos 2020 hingga 7 September 2020.

Layari https://www.mcmc.gov.my/en/surveycas untuk maklumat lanjut.