Trip ke MMU bersama Pusat Internet Malaysia Webe Digital

28 December 2019 | Berita Semasa

Satu program yang bercirikan lawatan sambil belajar telah diadakan ke Multimedia University Malaysia (MMU) dan Magic Lab Cyberjaya oleh pihak Pusat Internet di bawah kelolaan Webe Digital Sdn Bhd yang mana ia melibatkan 27 pelajar lepasan SPM dari 9 buah kawasan Pusat Internet Webe Digital. Program yang berlansung selama 2 hari ini melibatkan pendedahan peserta kepada perkembangan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan juga pendedahan kepada teknologi serta aplikasi robotik menggunakan Arduino Uno. Peserta juga diberi peluang melawat ke Magix Lab yang bertempat di Cyberjaya untuk melihat hasil rekacipta dan perkembangan dunia robotik yang mana ia setara dengan perkembangan AI pada satu masa kelak.